PERISIAN SISTEM MAKLUMAT
Pangkalan Data
- merupakan satu sistem simpanan data yg tersusun biasanya dlm bentuk elektronik
- himpunan data-data berkaitan yg dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna utk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
Aplikasi Pangkalan Data
- satu program yg berinteraksi dgn pangkalan data pd masa-masa execution. PASCAL,COBOL atau C++ adalah cth bahasa pengaturcaraan yg boleh digunakan utk tujuan menulis aturcara penggunaan aplikasi pangkalan data.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data(DBMS)
- Sistem perisian yg membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, menyelenggara serta mengawal capaian terhadap data dlm pangkalan.
Sistem Pemprosesan Fail Tradisional
- Sistem yg dilaksanakan scr manual atau tradisi. Data disimpan dlm fail-fail kertas yg disusun mengikut abjad dan disimpan di dlm kabinet-kabinet khas
Kelebihan Sistem pengurusan pangkalan data
- Mengurangkan pengulangan atau lewahan data (redundancy)
- Meningkatkan ketepatan data
- Mengurangkan masa pembangunan program
- Memudahkan pengunduran dan laporan data
- Memperbaiki keselamatan
Kelemahan Sistem Fail Tradisional
- Pemisahan Data-fail yang dibina tidak dapat dihubungkan
- Format fail yang berbeza -tidak boleh digabung dengan mudah
- Data lewahan -fail yang sama dibanyak tempat menyebabkan sukar dicari
B.SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA (DBMS)
- DBMS merupakan satu sistem perisian yang membolehkan pengguna menakrif, mencipta, mengemaskini, menyusun, mengurus dan menyelenggara pangkalan data.
- Memudahkan pengurusan data dan maklumat yang diperlukan oleh sesebuah organisasi.
- DBMS merupakan perantara antara pengguna dan pangkalan data.
Fungsi DBMS
- Kawalan keserempakan
- Simpanan, kemaskini,dan dapatan semula data
- Katalog yang boleh dicapai pengguna
- Sokongan urusniaga
- Perkhidmatan kewibawaan
- Sokongan komunikasi data
- Penguatkuasaan
- Pemulihan
C.HUBUNGAN ANTARA ENTITI,ATRIBUT & PERHUBUNGAN
Entiti
- Objek atau konsep yang boleh dikenalpasti secara unik.
Atribut
- Sifat yang memperlihatkan satu set entiti.
Perhubungan
- Persekutuan di antara beberapa entiti yang berkaitan.
D.KEKUNCI
Kekunci utama (primary key)
- Kekunci calon yang dipilih bagi mengecam secara unik rangkap-rangkap dalam satu hubungan
Kekunci asing (foreign key)
- Satu set yang terdiri daripada satu atau lebih atribut yang wujud di dalam suatu hubungan tetapi menjadi kunci calon dalam hubungan yang lain
E.MANIPULASI DATA
Penyisipan (Insert)
- Dua cara penyisipan:
i.Menyatakan baris yg ingin disisipkan
ii.Menulis pertanyaan yang menghasilkan satu set baris yang ingin
ii.Menulis pertanyaan yang menghasilkan satu set baris yang ingin
disisipkan
Penghapusan (Delete)
- Boleh dilakukan dengan menggunakan perintah Delete.jika hanya nilai lajur dalam satu baris dihapuskan, nilai berkenaan digantikan dgn nilai NULL.
Pengubahsuaian (Update)
- Boleh mengubah satu nilai dalam satu lajur tanpa mempengaruhi nilai lajur yang lain dengan menggunakan perintah Update.
Kekangan terhadap memanipulasi data
- Tidak boleh memanipulasi lajur kekunci utama
- Tidak boleh mengumpulkan arahan-arahan INSERT,DELETE, dan UPDATE dalam satu jadual
- Tidak boleh memanipulasi suatu baris berdasarkan nilai lajur dalam baris yang lain dalam jadual yang sama
0 comments:
Post a Comment