Team Sistem Maklumat. Powered by Blogger.
RSS

GLOBAL DISASTER ALERT AND COORDINATION SYSTEM

klik imej untuk pembesaran

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Global Resources Center



Global Resources Center merupakan satu aplikasi yang berasaskan web  yang dibangunkan untuk tujuan bidang kesihatan. Sistem ini merupakan sebuah perpustakaan kesihatan dunia yang memberi tumpuan kepada negara-negara yang membangun. Sebagai contoh, doktor akan memyimpan semua maklumat berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing di dalam pengkalan data.  Pangkalan data ini boleh diakses oleh negara lain dan sekiranya ada negara yang memerlukan kepakaran mereka,  mereka akan dihubungi melalui sistem ini untuk dipanggil membantu mengubati sakit pesakit tersebut. Pusat maklumat ini ditadbir oleh Capacity Project dan USAID-funded global project.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APLIKASI BERASASKAN WEB

Aplikasi berasaskan web merupakan satu aplikasi yang menghantar maklumat kepada pengguna-pengguna daripada pelayan server melalui Internet.
Aplikasi-aplikasi ini akan menyimpan maklumat di dalam satu pangkalan data seperti Microsoft Sql Server atau Oracle.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH PERISIAN PANGKALAN DATA

http://youtu.be/gtMjcTxmBxg


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERISIAN SISTEM MAKLUMAT


Pangkalan Data
  • merupakan satu sistem simpanan data yg tersusun biasanya dlm bentuk elektronik
  • himpunan data-data berkaitan yg dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna utk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi. 

Aplikasi Pangkalan Data 
  • satu program yg berinteraksi dgn pangkalan data pd masa-masa execution. PASCAL,COBOL atau C++ adalah cth bahasa pengaturcaraan yg boleh digunakan utk tujuan menulis aturcara penggunaan aplikasi pangkalan data.
 
Sistem Pengurusan Pangkalan Data(DBMS)
  • Sistem perisian yg membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, menyelenggara serta mengawal capaian terhadap data dlm pangkalan.

Sistem Pemprosesan Fail Tradisional
  • Sistem yg dilaksanakan scr manual atau tradisi. Data disimpan dlm fail-fail kertas yg disusun mengikut abjad dan disimpan di dlm kabinet-kabinet khas


Kelebihan Sistem pengurusan pangkalan data
  • Mengurangkan pengulangan atau lewahan data (redundancy)     
  • Meningkatkan ketepatan data
  • Mengurangkan masa pembangunan program
  • Memudahkan pengunduran dan laporan data
  • Memperbaiki keselamatan

Kelemahan Sistem Fail Tradisional
  • Pemisahan Data-fail yang dibina tidak dapat dihubungkan
  • Format fail yang berbeza -tidak boleh digabung dengan mudah
  • Data lewahan -fail yang sama dibanyak tempat menyebabkan sukar dicari


B.SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA (DBMS)
  • DBMS merupakan satu sistem perisian yang membolehkan pengguna menakrif, mencipta, mengemaskini, menyusun, mengurus dan menyelenggara pangkalan data.
  • Memudahkan pengurusan data dan maklumat yang diperlukan oleh sesebuah organisasi.
  • DBMS merupakan perantara antara pengguna dan pangkalan data.


Fungsi DBMS
  • Kawalan keserempakan
  • Simpanan, kemaskini,dan dapatan semula data
  • Katalog yang boleh dicapai pengguna
  • Sokongan urusniaga
  • Perkhidmatan kewibawaan
  • Sokongan komunikasi data
  • Penguatkuasaan
  • Pemulihan

C.HUBUNGAN ANTARA ENTITI,ATRIBUT & PERHUBUNGAN

 

Entiti
  • Objek atau konsep yang boleh dikenalpasti secara unik.

Atribut
  • Sifat yang memperlihatkan satu set entiti.

Perhubungan
  • Persekutuan di antara beberapa entiti yang berkaitan.

 
D.KEKUNCI
 

Kekunci utama (primary key)
  • Kekunci calon yang dipilih bagi mengecam secara unik rangkap-rangkap dalam satu hubungan

Kekunci asing (foreign key)
  • Satu set yang terdiri daripada satu atau lebih atribut yang wujud di dalam suatu hubungan tetapi menjadi kunci calon dalam hubungan yang lain



E.MANIPULASI DATA
 

Penyisipan (Insert)
  • Dua cara penyisipan:
          i.Menyatakan baris yg ingin disisipkan
         ii.Menulis pertanyaan yang menghasilkan satu set baris yang ingin    
            disisipkan

 
Penghapusan (Delete)
  • Boleh dilakukan dengan menggunakan perintah Delete.jika hanya nilai lajur dalam satu baris dihapuskan, nilai berkenaan digantikan dgn nilai NULL.

Pengubahsuaian (Update)
  • Boleh mengubah satu nilai dalam satu lajur tanpa mempengaruhi nilai lajur yang lain dengan menggunakan perintah Update.

Kekangan terhadap memanipulasi data
  • Tidak boleh memanipulasi lajur kekunci utama 
  • Tidak boleh mengumpulkan arahan-arahan INSERT,DELETE, dan UPDATE dalam satu jadual
  • Tidak boleh memanipulasi suatu baris berdasarkan nilai lajur dalam baris yang lain dalam jadual yang sama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fasa Pembangunan Sistem


Fasa 1: Analisis

Fasa 2: Rekabentuk



Fasa 3: Pelaksanaan


Fasa 4: Pengujian


Fasa 5: Dokumentasi










Fasa 6: Penyelenggaraan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sistem Maklumat Kakitangan

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Definisi Data, Maklumat dan Sistem Maklumat

Data
  • Fakta asas yang belum di proses dan bermakna.
  • Data boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti nombor atau teks sebagai bit atau bait yang disimpan dalam bentyuk memori elektronik. 
 
Maklumat
  • Maklumat merupakan data yang telah diproses, dianalisis dan berguna untuk pelbagai tujuan.
  • Terdiri daripada data yang diambil dan kemudiannya diproses bagu tujuan mendapatkan meklumat, membuat kesimpulan atau asas bagi membuat ramalan dan keputusan.
 
Sistem Maklumat
  • Sistem maklumat sebagai kitaran proses mewujud atau memperolehi maklumat, mengumpulkan maklumat daripada pelbagai bentuk, memproses dan menukar maklumat yang diperoleh dan dikumpulkan ke dalam bentuk yang diingini.
  • Satu set komponen yang dihubungkan antara satu sama lain untuk penerimaan, pemprosesan, penyebaran dan simpanan data untuk menyokong proses kawalan dan membuat keputusan di dalam organisasi. 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kegunaan Sistem Maklumat

PENDIDIKAN


PERNIAGAAN


PENGURUSAN


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Komponen Sistem Maklumat


Meliputi semua jenis data yang tersimpan dan digunakan oleh sistem maklumat tersebut. Data boleh terdiri daripada fakta, nombor, perkataan, imej, audio dan video. Binaan asas data merupakan abjad, simbol khas seperti (?), noktah (.) dan sebagainya.



Alatan fizikal sesebuah komputer. Contohnya papan kekunci, monitor, unit pemprosesan pusat (CPU), tetikus, pencetak dan sebagainya. Perkakasan digunakan untuk tujuan memasukkan data, memproses data menjadi maklumat, mengeluarkan serta menyimpan maklumat. Manakala peralatan komunikasi membolehkan perkongsian maklumat melalui rangkaian dan penyambungan.



Set arahan yang menggerakkan perkakasan. Contohnya Miscrosoft Word, Excel, Access dan sebagainya. Secara umum perisian komputer terbahagi kepada 2 jenis iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Kedua-dua jenis perisian ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan.


 

Mengeluarkan produk, memberi perkhidmatan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Manusia yang menggunakan komputer dikenali sebagai pengguna akhir (end user) atau pengguna.


 

Arahan yang menerangkan bagaimana untuk mengendalikan dan menggunakan sistem maklumat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Kenali Komponen Sistem Maklumat

credit to youtube

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jenis-jenis Sistem Maklumat










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hierarki Data

Hierarki Data



Definisi


Bit - ia adalah digit-digit binari yang diwakili dengan 0 dan 1.

Bait (aksara) - ia adalah gabungan beberapa bit bagi mewakili sesuatu aksara. Satu bait mewakili 8 bit. Satu aksara sama ada huruf, digit, atau aksara khas (+, &, $, %). 

Medan (field) - terdiri daripada beberapa aksara yang berkaitan yang disusun menjadi satu perkataan lengkap seperti nama.

Rekod - Sekumpulan medan (field) yang saling berkaitan dan memberi makna kepada medan tersebut. Contohnya seperti NamaPelajar, NoMatrik dan NamaKursus.

File - Sekumpulan rekod yang saling berkaitan dan sejenis. Contohnya RekodPelajar, RekodStaf dan RekodKehadiran.   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembangunan Projek Pangkalan Data

PEMBANGUNAN PROJEK PANGKALAN DATA
  
Bagi membangunkan sebuah projek pangkalan data, berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam setiap fasa pembangunan sistem. 

Analisis 
  1. Mengenal pasti projek. 
  2. Mengenal pasti keperluan projek.
  3. Mengkelaskan keperluan projek kepada dua jadual. 

Rekabentuk 
  1. Mereka bentuk jadual pangkalan data. 

Pelaksanaan
  1. Mencipta sebuah pangkalan data. 
  2. Mencipta dua jadual yang mengandungi kunci primer dalam setiap jadual. 
  3. Membina hubungan antara dua jadual. 
  4. Memasukkan data ke dalam jadual. 

Pengujian 
  1. Mencipta satu borang yang berkaitan dengan kandungan jadual. 
  2. Menghasilkan Pertanyaan untuk mendapatkan semula maklumat yang diperlukan dengansatu atau lebih syarat. 
  3. Menjana laporan. 

Dokumentasi 
  1. Mengumpul semua dokumen daripada setiap fasa ke dalam folio 


Berikut adalah modul untuk membangunkan sebuah projek pangkalan data:

Klik pautan di bawah untuk memuat turun
Modul Pembangunan Projek Pangkalan Data

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS